Keadaan kemalangan antara bas ekspres dan lori tiga tan di Kilometer 1.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Rawang, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Polis menahan pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di KM 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara Sungai Buaya dan Rawang di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, lelaki berusia 22 itu ditahan semalam dan direman sehari bagi membantu siasatan.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit negatif dadah.

Semalam media melaporkan seorang maut manakala sembilan lagi termasuk penunggang motosikal dan pemandu lori cedera parah selepas sebuah bas ekspres hilang kawalan semasa berada di lorong kanan sebelum melintang di tengah lebuh raya.

Noor Ariffin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 7.45 pagi dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast