Salah seorang pelajar MRSM Tun Ghazali Shafie yang mendaftar sebagai pelajar baharu Tingkatan 1, di Kuala Lipis hari ini.

KUALA LIPIS  – Pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan berusaha menjejaki pelajar baharu Tingkatan 1 dan 4 yang ditawarkan ke maktab itu namun gagal melaporkan diri kerana kekangan kewangan.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya tidak mengenakan had tempoh pendaftaran jika mereka gagal mendartar hari ini namun tindakan susulan digerakkan bagi membantu pelajar yang tercicir.

Asyraf Wajdi Dusuki bercakap dengan wartawan Malaysia Gazette semasa menghubungi hari ini.

 

“Tiada tempoh had masa untuk mereka yang tercicir mendaftarkan diri hari ini tapi kita minta semua pengetua pantau siapa yang tidak hadir (mendaftar).

“Pengetua perlu pastikan dapat menghubungi keluaga dan pelajar tersebut, dan tanya betul-betul kepastian pelajar tersebut.

“Kalau pelajarnya ingin ke sekolah lain itu hak masing-masing, tapi sekiranya disebabkan kewangan, kita akan pastikan mereka dipujuk dan dibantu,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ada pelajar  Tingkatan 1 yang tidak mendaftar ke MRSM disebabkan ketidakmampuan keluarga.

Sebelum ini, Asyraf memberi kata semangat buat Adik Nur Zara Damai Yusaini, 13, kerana hampir menarik diri daripada mendaftarkan diri ke MRSM kerana keluarga tidak mampu menampung kos ke asrama.

Asyraf telah berulang kali berkata, beliau berharap tiada pelajar tercicir kerana kemiskinan dan meminta pengurusan Mara untuk menghubungi semua pelajar yang tidak hadir mendaftarkan ke MRSM.

Beliau turut memohon ibu bapa yang mempunyai masalah kewangan berhubung terus dengan pihak MRSM.

Norsyam Abidin

Susulan itu, pengetuanya Norsyam Abidin akan menghubungi pelajar yang tidak mendaftarkan diri ke maktab itu sebagai langkah susulan untuk membantu pelajar berkenaan bermula esok.

“Merujuk kepada kenyataan Pengetua kepada Datuk Seri Pengerusi Pengarah melalui panggilan atas talian, saya memaklumkan majoriti pelajar telah mendaftarkan diri dan hanya terdapat bilangan kecil sahaja yang belum mendaftar.

“Pihak maktab akan memberikan komitmen penuh untuk membantu kumpulan kecil pelajar berkenaan sekiranya mereka berdepan dengan masalah kewangan,” katanya. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast