Seorang pegawai syariah dan peguam syarie dibawa ke Sesyen Johor Bahru, pagi tadi untuk direman.

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan reman seorang pegawai syariah dan peguam syarie kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM91,000 sebagai balasan mengeluarkan Perintah Pengesahan Hibah untuk tujuan pertukaran hak milik.

Majistret Tuan Ahmad Khairuddin Khalid membenarkan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 20 Januari 2026 selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an telah ditahan berasingan semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM johor kira-kira jam 8 malam.

“Siasatan awal mempercayai kedua-dua suspek bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2016 hingga 2018.

“Kedua-dua suspek disyaki telah menerima wang rasuah secara tunai daripada 13 orang penerima hibah dengan setiap seorang kira-kira RM7,000,” katanya

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Sekyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast