RABAT – Senegal menempah slot ke final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas menundukkan Mesir 1-0 pada Rabu, manakala Maghribi selaku tuan rumah mengatasi Nigeria 4-2 melalui penentuan sepakan penalti, lapor Xinhua.

Sadio Mane menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika masa permainan sebenar berbaki kira-kira 10 minit dalam aksi di Stadium Ibn Batouta, Tangier sekali gus memastikan penampilan final ketiga buat Senegal dalam empat edisi AFCON sejak 2019.

Sementara itu, dalam aksi di Stadium Moulay Abdellah, Rabat, Maghribi berjaya mengatasi Nigeria menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan selama 120 minit, untuk melangkah ke final AFCON pertamanya sejak 2004.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada Ahad di Stadium Moulay Abdellah.- BERNAMA-XINHUA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast