[GAMBAR FAIL] Seorang penerima STR mengambil bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di BSN Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

KUALA LUMPUR – Seramai 3.1 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang mula menerima bantuan menerusi mekanisme Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula hari ini.

Sumbangan ini merupakan usaha kerajaan bagi membantu golongan belia yang terkesan dengan cabaran ekonomi dan peningkatan kos sara hidup.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan, bantuan berkenaan memberi manfaat khususnya kepada golongan B40, miskin dan miskin tegar, selain kumpulan berpendapatan sederhana, terutamanya belia bujang yang sedang membina kerjaya dan kehidupan.

Menurut KBS, STR Kategori Bujang merupakan antara inisiatif utama kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat serta memastikan golongan muda tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.

“Bantuan ini amat bermakna kepada belia yang bekerja sendiri, berpendapatan rendah atau baru memulakan kerjaya, sekali gus membantu mereka memenuhi keperluan asas harian,” kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, KBS menasihatkan penerima STR agar menguruskan bantuan yang diterima secara berhemah dengan mengutamakan perbelanjaan keperluan asas, mengelakkan pembaziran serta memanfaatkan peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran diri.

“Usaha memperkasa kebajikan serta pembangunan belia akan terus diperkukuh selaras dengan aspirasi Malaysia Madani bagi melahirkan generasi muda yang berdaya tahan, berdaya saing dan mampu menyumbang secara bermakna kepada kemajuan negara,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast