Sebanyak 14 kenderaan pelbagai jenis musnah dalam kebakaran di kawasan lapang berhampiran sebuah bengkel kenderaan di Kampung Pahat Luar, Gerik malam ini. Foto JBPM Perak

GERIK – Sebanyak 14 kereta pelbagai jenis musnah dalam kebakaran di kawasan lapang berhampiran sebuah bengkel kenderaan di Kampung Pahat Luar, di sini malam Sabtu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 7.33 malam.

Katanya, sepasukan 11 anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 9.4 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik.

“Ketika jentera tiba di lokasi, keadaan api sedang marak namun tiada mangsa yang mengalami kecederaan.

“Kebakaran itu melibatkan 14 buah kereta yang berada di bawah jagaan sebuah bengkel dan diletakkan di kawasan lapang.

“Kita mendapati 12 buah kereta pelbagai jenis musnah terbakar 90 peratus dua lagi kereta terbakar 85 peratus,“ katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, anggota melakukan kerja pemadaman menggunakan dua aliran tiga pancutan bersumberkan air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat jam 9.15 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast