MPHTJ bertindak menutup sebuah hotel di Malim Jaya, Melaka yang tular mempromosikan hubungan sejenis selepas premis berkenaan dibiarkan kosong dipercayai pemilik dan pekerjanya lesap ketika operasi yang turut disertai penguat kuasa JAIM

MELAKA – Pemilik hotel butik di Malim Jaya yang mencetuskan kontroversi dengan promosi konsep ‘mesra gay’ tampil memohon maaf dan mengakui kecuaian pengurusannya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Sapiah Haron berkata, pemiliknya, lelaki tempatan berusia 70-an turut mengambil tindakan segera menurunkan kandungan berkenaan daripada laman sesawang premis tersebut.

“Permohonan maaf dibuat pemilik ketika diminta hadir ke pejabat MPHTJ Khamis lalu yang mana warga emas berusia 70-an itu juga mengakui kandungan promosi berlaku akibat kecuaian pengurusan.

“Pihak premis juga telah mengambil tindakan segera dengan menurunkan kandungan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sapiah Haron

Menurutnya, hasil semakan lanjut mendapati premis berkenaan turut gagal mendaftar dan membuat bayaran Caj Warisan bagi tempoh tahun 2024 sehingga kini, selain keperluan untuk menambah pelesenan trend bagi beberapa aktiviti tambahan di premis sama.

“Premis juga diarahkan mematuhi syarat kehadiran sekurang-kurangnya seorang pekerja warganegara di kaunter dan lesen perniagaan premis hanya akan dipulangkan setelah semua arahan dan syarat yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

“Susulan itu, kita telah mengeluarkan satu satu kompaun atas kesalahan kegagalan mematuhi syarat lesen di bawah Undang-Undang Kecil (Hotel) MPHTJ 2011,” tambahnya.

MPHTJ bertindak menutup sebuah hotel di Malim Jaya, Melaka yang tular mempromosikan hubungan sejenis selepas premis berkenaan dibiarkan kosong dipercayai pekerjanya lesap ketika operasi yang turut disertai penguat kuasa JAIM

 

Sapiah berkata, pihaknya akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara adil, berhemah dan berlandaskan undang-undang bagi memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi peraturan ditetapkan.

“Ini termasuklah mengambil kira kesejahteraan dan keharmonian masyarakat setempat.

“Tindakan lanjut termasuk pembatalan lesen dan sekatan permohonan perniagaan boleh diambil terhadap mana-mana premis yang gagal mematuhi arahan selepas peringatan diberikan,” tegasnya lagi.

Pada 13 Januari lalu, MalaysiaGazette melaporkan tular satu hantaran di media sosial mendakwa kewujudan sebuah hotel berkonsepkan ‘gay friendly’ yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.

MPHTJ bertindak menutup sebuah hotel di Malim Jaya, Melaka yang tular mempromosikan hubungan sejenis selepas premis berkenaan dibiarkan kosong dipercayai pemilik dan pekerjanya lesap ketika operasi yang turut disertai penguat kuasa JAIM

Menerusi hantaran ditulis pendakwah bebas itu, Firdaus Wong Wai Hung, beliau membangkitkan persoalan mengenai trend penjenamaan perniagaan menggunakan label ‘friendly’.

Susulan itu, premis berkenaan diserbu penguat kuasa MPHTJ dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), namun premis dibiarkan kosong tidak berkunci dipercayai telah dikosongkan sebelum disita pihak berkuasa tempatan itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast