Suspek (baju kuning) dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

GEORGE TOWN – Anggota tentera direman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan membabitkan kejadian samun di sebuah rumah di Ayer Itamdi sini pada Sabtu lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi bermula hari ini sehingga 23 Januari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek ditahan di sebuah kem di Kelantan semalam selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan samun dan mendatangkan kecederaan.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa menyedari kehadiran suspek yang telah memasuki bilik tidurnya di sebuah flat di sini.

Pergelutan berlaku antara wanita terbabit dan suspek menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada tangan kiri.

Suspek kemudian dikatakan mengikat tangan mangsa menggunakan pengikat kabel dan menyumbat seluar dalam ke dalam mulut wanita itu sebelum melarikan barang kemas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast