Empat pelajar KV Keningau menunjukkan sijil masing-masing.

KOTA KINABALU – Empat orang pelajar daripada Kolej Vokasional (KV) Keningau menerima pengiktirafan penulis artikel terbaik oleh majalah dwi-bahasa E-Magz keluaran institut pendidikan STIKIP PGRI Pacitan, Indonesia, menerusi artikel bahasa Inggeris masing-masing yang diterbitkan pada 31 Disember 2025.

Tema majalah tersebut bagi edisi itu adalah kekuatan cinta ibu dan keempat-empat pelajar yang menulis artikel itu ialah Iris Sofea Irfin, Ashraf Alexander Anuar, Siti Nur Syahzanani Wani Asyiqin Sudirman dan Aulia Anastasya Mohd Fauzi.

Iris Sofea Irfin, 17, daripada program pendidikan awal kanak-kanak menulis, seorang ibu tidak semestinya mempunyai hubungan darah dengan anak-anak yang diasuh dan dididik seperti ibu tiri dan ibu angkat kerana kasih sayang seorang wanita terhadap anak-anak di bawah jagaannya merupakan bukti keibuaan seseorang wanita.

Siti Nur Syahzanani Sudirman, 16, pula menzahirkan bagaimana seorang ibu sanggup berkorban segala-galanya demi membesarkan anak-anak dengan baik.

Manakala Aulia Anastasya Mohd Fauzi, 16, mengulas sambutan hari ibu bukan semata-mata meraihkan hari tersebut dengan hadiah atau majlis.

Sebalinya, sambutan hari itu didedikasikan untuk memahami kesusahan yang dihadapi oleh ibu dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kedua-kedua pelajar ini adalah daripada program bakeri dan pastri.

Sementara itu, pelajar keempat iaitu Ashraf Alexander Anuar, 16, daripada program seni kulinari pula berkongsi pengalaman tiada batasan bagi seorang ibu unuk melakukan apa sahaja atas nama tanggungjawab.

Pengarah KV Keningau, Lumang anak Lang, memuji pencapaian para pelajar ini yang menghasilkan karya penulisan dalam bahasa Inggeris kerana mampu meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran menulis dan kecekapan mereka menggunakan bahasa Inggeris.

Beliau berharap para pelajar di kolej tersebut menghasilkan tulisan dalam bahasa Inggeris bagi menguasai bahasa tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast