Satu siasatan dibuat membabitkan rakaman video tular aktiviti senamrobik yang melibatkan wanita berbaju kurung, bertudung tetapi tidak memakai kain yang didakwa berlaku di Bukit Badong, Selangor baru-baru ini.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan, pihaknya memandang serius perbuatan tersebut dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang.














