Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai mengugut untuk mencederakan adik perempuannya serta bertindak menyerang abangnya sendiri di Kampung Rancangan Ranggu, di Tawau, Sabah, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.00 pagi apabila suspek berusia 27 tahun itu bertindak agresif selepas ditegur oleh bapanya.















