GEORGE TOWN – Jenazah pelakon Allahyarham Nadia Kesima atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim dikebumikan di Jeddah, Arab Saudi selepas solat Subuh hari ini.
Manakala, anak perempuan mereka, Sarah, bersama rakan Allahyarham membantu proses memandikan jenazah.
Perkara itu dimaklumkan Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, menerusi Facebooknya.
“Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan kawan arwah) dan sudah disembahyangkan serta diimamkan sendiri oleh saya.
“Alhamdulillah, jenazah akan dikebumikan selepas Subuh waktu Jeddah pada jam 5.44 pagi (10.44 pagi waktu tempatan).
Media semalam melaporkan Muhammad Kamarul bersama anak perempuannya berlepas ke Jeddah menerusi penerbangan Saudia bersama anaknya, jam 5.30 petang bagi menyelesaikan segala urusan jenazah di King Fahad Hospital.
Ia termasuk menguruskan dokumentasi dan mengambil semula barangan peribadi allahyarham Nadia Kesuma.
Sebelum ini, pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta, Nadia Kesuma gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 14 Januari lalu.
Perkara ini dimaklumkan oleh rakan baiknya yang juga Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) iaitu pelakon Anne Abdullah.
Susulan itu, suaminya merayu kerajaan Malaysia menggerakkan usaha diplomatik bagi membantu pencarian isterinya. – MalaysiaGazette
















