Anthony Loke Siew Fook hadir pada majlis Perkhidmatan Pengangkutan Awam Istimewa Sempena Perayaan 2026 di KL Sentral hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 44 peratus tiket perkhidmatan tren Keretapi Elektrik Berkelajuan Tinggi (ETS) untuk pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri telah terjual dan dijangka habis sekitar Februari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bagi menampung permintaan penggunaan, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menawarkan lapan trip tambahan pada 13 hingga 29 Mac depan.

Laluan yang terlibat termasuk Johor Bahru (JB) Sentral–Kuala Lumpur (KL) Sentral–JB Sentral, KL Sentral–Padang Besar–KL Sentral, KL Sentral–Ipoh–KL Sentral dan KL Sentral–Butterworth–KL Sentral.

“Pada masa sama, sebanyak 36,540 tiket ditawarkan bagi tempoh ini menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan ETS yang akan beroperasi pada Hari Raya Aidilfitri adalah sebanyak maksimum 52 trip sehari dan jualan tiket ini akan bermula pada 1 Mac ini,”

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada majlis Perkhidmatan Pengangkutan Awam Istimewa Sempena Perayaan 2026 di KL Sentral hari ini.

Sementara itu, Anthony memaklumkan penjualan tiket ETS kepada pengguna sempena Tahun Baharu Cina hampir habis terjual dan KTMB akan menambah perkhidmatan pada 13 hingga 22 Februari depan.

Laluan terlibat KL Sentral – Butterworth – KL Sentral, KL Sentral – Ipoh – KL Sentral, KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral, JB Sentral – KL Sentral – JB Sentral dengan masing-masing dua trip sehari. 

“Bagi tempoh ini, sebanyak 26,450 tiket ditawarkan dan jualan tiket bagi Tahun Baharu Cina pada 29 Januari ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast