Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 11 OGOS 2025.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan (KPM), Wong Kah Woh menjelaskan beliau tidak terlibat dengan teguran yang dibuat oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor pada sesi pagi tadi.

Beliau memberitahu, penjelasan dibuat kerana baru memasuki sidang Dewan Rakyat untuk sesi petang dan berharap Penyata Rasmi dalam Parlimen (Hansard) dapat diperbetulkan.

“Saya baru clock-in (masuk) selepas kamar khas. Saya harap rekod dan juga hansard dalam Parlimen dapat diperbetulkan,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mencelah pemakluman yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Johari sebelum itu memaklumkan menerusi satu nota  mahu memperbetulkan teguran yang dibuat oleh Ramli terhadap dua orang Timbalan Menteri.

“Maknanya, beliau bukan antara yang ditegur oleh Timbalan Speaker,” katanya.

Pada sesi sidang Dewan Rakyat pagi tadi, Ramli menegur dua orang Timbalan Menteri yang dilihat berbual ketika Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjawab soalan berkait Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast