Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan undang-undang sedia ada terpakai kepada semua pihak dan polis berhak mengambil tindakan sekiranya terdapat aduan dibuat. Menurutnya, kegagalan pihak berkuasa bertindak boleh menimbulkan persepsi seolah-olah wujud kekebalan atau pilih kasih, yang bukan satu isyarat baik kepada masyarakat.













