KUALA LUMPUR – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag kekal milik Barisan Nasional (BN) apabila calon parti itu, Mohd Ismail Ayob, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan majoriti 5,681 undi.
Mohd Ismail yang lebih dikenali sebagai MIHA meneruskan penguasaan BN di Lamag, sebelum ini disandang Allahyarham Bung Moktar Radin.
Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, MIHA memperoleh 7,269 undi manakala pencabarnya daripada Warisan, Mazliwati Abdul Malek, meraih 1,588 undi.
PRK DUN Lamag menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan Warisan.
Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian Bung Moktar pada 5 Disember tahun lalu. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
Kemenangan di Lamag, Kinabatangan cerminkan keyakinan rakyat -Zahid















