KUALA LUMPUR – Pendaftaran bagi penyertaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 ke Gaza, Palestin kini sudah dibuka.
Hebahan itu dibuat oleh Sumud Nusantara Official menerusi media sosial, hari ini.
“Sekiranya anda mempunyai pengalaman yang relevan serta kelapangan masa, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda dalam pasukan kami,” tulis hebahan itu.
Misi tersebut bertujuan membantu penduduk Gaza yang menjadi mangsa kezaliman rejim zionis.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri dilaporkan berkata, pendaftaran penyertaan rakyat Malaysia dalam misi berkenaan meningkat mendadak kepada 20,000 berbanding hanya 600 sebelum misi berkenaan. -MalaysiaGazette
















