Bullion piled on more than $300 at one point to top $5,595 after Trump said Tehran needed to negotiate a deal over its nuclear programme, which the West believes is aimed at making an atomic bomb.

WASHINGTON – Harga emas yang menjadi aset selamat telah melepasi paras AS$5,000 pada Ahad, mencatatkan rekod baharu susulan peningkatan ketidaktentuan global dan pergolakan yang dicetuskan oleh dasar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Emas mencecah AS$5,026 seauns dalam dagangan selepas perak melonjak kepada AS$100 seauns buat kali pertama pada hari Jumaat lalu.

Walaupun pergolakan berkaitan hasrat Trump terhadap Greenland, Rizab Persekutuan merupakan faktor sokongan terkini kepada harga emas.

Logam berharga itu telah mencatat paras tertinggi sepanjang masa sejak dua tahun lalu disebabkan pelbagai faktor, termasuk dolar yang lemah, permintaan kukuh daripada bank pusat serta inflasi yang tinggi.

Harga emas berada pada paras sedikit melebihi AS$2,000 seauns pada Januari 2024.

Harga emas juga meningkat berikutan peperangan di Ukraine dan Gaza, selain tekanan terkini oleh Washington terhadap Venezuela. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast