Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di PICC, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 26 JANUARI 2026

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur dengan prestasi Ringgit Malaysia (RM) yang mencatatkan lebih kukuh 3.9850/9950 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak 8 pagi tadi.

“Alhamdulillah….,” kata Perdana Menteri secara ringkas sambil berlalu dan tersenyum lebar tanpa mengulas lanjut  kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Sambutan 120 tahun Jabatan Audit Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 3.9850/9950 berbanding dolar AS daripada 4.0045/0080 dicatatkan pada Jumaat lepas.

Anwar Ibrahim bersama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Ketua Jabatan Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi bergambar kenangan pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di PICC, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 26 JANUARI 2026

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, berada hampir pada paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun berikutan kesediaan mengambil risiko yang meningkat selepas keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan indeks dolar AS yang rendah.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast