Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tahfiz mengalami lebam dan bengkak di tangan mendakwa dipukul tiga rakan di sebuah tahfiz di Kajang pada 18 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 11.28 pagi pada 26 Januari lalu.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam dan mangsa mengalami lebam sreta bengkak pada kedua-dua belah tangan.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Muhammad Haniffa Abd Rajk menerusi talian 019-7356544. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast