Lima individu termasuk pengarah syarikat direman bagi membantu siasatan ke atas syarikat dipercayai terlibat dalam urusan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malasyia (TLDM). Foto SPRM

KUALA LUMPUR – Lima individu termasuk pengarah syarikat direman bagi membantu siasatan ke atas syarikat dipercayai terlibat dalam urusan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malasyia (TLDM).

Mahkamah membenarkan empat daripada lima individu berkenaan direman tiga hari bermula 27 hingga 29 Januari manakala seorang lagi direman bermula 28 hingga 30 Januari bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap kesemua individu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas dipohon oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut sumber, kesemua individu terbabit terdiri daripada pengarah syarikat, pengurus serta pemilik syarikat dipercayai mempunyai hubungan kait dengan syarikat kroni seorang pegawai kanan TLDM bagi mendapat kerja-kerja di TLDM Lumut.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan siasatan dijalankan secara profesional serta mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast