Tag: pengarah syarikat
Kontraktor didenda RM25,000 gagal pastikan keselamatan tapak binaan
Mengikut pertuduhan, Chee Leong selaku kontraktor kerja pembinaan didakwa gagal memastikan semua bukaan lantai yang boleh mendedahkan mana-mana orang kepada risiko terjatuh dihadang dengan sesuai dan secukupnya.
Dua pengarah syarikat didakwa gagal bayar cukai jualan RM193,306
Mengikut pertuduhan kedua-dua mereka didakwa melakukan tujuh kesalahan bagi tempoh bercukai antara Januari 2024 hingga Februari 2025, membabitkan kegagalan membayar cukai jualan bernilai RM193,306.28.
3 ditahan terbabit tuntutan palsu pembelian beras RM20 Juta
Menurut sumber, kesemua suspek dipercayai mengemukakan dokumen palsu berkenaan kepada institusi kewangan pembangunan, namun tidak berlaku urusan pembelian padi dan beras tersebut.
Beri pernyataan palsu kepada SSM, pengarah syarikat didenda RM30,000
Seorang pengarah syarikat didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016 kerana membenarkan satu pernyataan palsu dibuat kepada SSM berhubung pelantikannya sebagai pengarah syarikat.
Seleweng dana RM230 juta: Timbalan Yang Dipertua NGO, pengarah syarikat dilepaskan
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan mereka dilepaskan dengan jaminan SPRM.
SPRM beku 10 akaun bank bernilai kira-kira RM4 juta kes penyelewengan...
Menurut sumber, siasatan yang dijalankan SPRM Selangor bermula sejak 9 Mac lalu itu turut membekukan dua akaun unit amanah bernilai RM2.6 juta dan beberapa akaun simpanan syarikat serta individu berjumlah kira-kira RM1.4 juta.
SPRM reman pengarah syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM100,000
Perintah reman selama lima hari sehingga 16 Mac terhadap suspek itu dikeluarkan Majistret Mohamad Suffian Jaafar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, pagi tadi.
Pengarah syarikat disyaki terima rasuah RM100,000 bagi penyelewengan tanah
Suspek merupakan pemegang amanah ke atas tanah seluas lapan ekar itu telah menerima wang beberapa kali dalam tempoh lima tahun dan turut menerima wang kira-kira RM5 juta hasil pengambilan tanah itu
Projek Pusat Data: Pengarah, pengarah urusan didakwa beri rasuah RM2.402 juta
Seorang pengarah dan pengarah urusan syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas empat dan enam pertuduhan memberi suapan berjumlah RM1.352 juta dan RM1.050 juta kepada pengurus kontrak sebuah syarikat pembinaan di Petaling Jaya, antara 2024 dan 2025.
Ahli perniagaan didakwa beri suapan kepada pegawai JAS lindungi kilang e-sisa
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberikan suapan berjumlah RM2,000 kepada seorang penjawat awam disyaki bagi melindungi kilang pemprosesan sisa elektronik (e-sisa) dan pembuangan barangan berjadual tanpa melalui proses ditetapkan.

















