Wayne bersama wakil daripada Persatuan Penduduk Perumahan Desa Baiduri melakukan tinjauan kualiti turapan jalan di Taman Desa Baiduri semalam.

BALAKONG – Lebih 10 taman perumahan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong telah menerima peruntukan berjumlah RM4 juta bagi kerja-kerja penurapan semula jalan melalui dana daripada Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) sepanjang tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong, Wayne Ong Chun Wei berkata, tumpuan diberikan kepada taman perumahan yang jalan-jalannya agak teruk dan tidak diselenggara dengan baik selain kawasan jalan yang dicadangkan pihak berkuasa tempatan.

“Terdapat lebih daripada 100 taman perumahan di DUN Balakong dan ada antaranya masih menggunakan turapan asal yang berusia lebih daripada 20 tahun.

Jadi kita beri keutamaan jalan-jalan di taman perumahan ini supaya penduduknya lebih selesa.

“Syukur kerana DUN Balakong menerima RM4 juta peruntukan pada tahun 2025 daripada MARRIS berbanding hanya RM3 juta di kawasan DUN lain,” katanya ketika melakukan tinjauan kualiti turapan jalan di Taman Desa Baiduri semalam.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Desa Baiduri, Md Azhar Md Naim.

Wayne berkata, pihaknya akan memohon peruntukan bagi kerja-kerja penurapan semula ditingkatkan pada tahun ini supaya lebih banyak pendudukan terutama di kawasan taman perumahan lama menikmati kemudahan jalan yang lebih baik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast