Lima individu termasuk pengarah syarikat direman bagi membantu siasatan kes rasuah penguat kuasa yang melibatkan sebuah rangkaian pusat urut terkemuka.
Perintah terhadap kesemua suspek itu dikeluarkan oleh Majistret Puan Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.















