KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempertajamkan barisan serangannya apabila memperkenalkan penyerang import baharu, Ajdin Mujagic, sebagai tonggak terbaharu Harimau Selatan bagi menghadapi cabaran baki liga musim ini.
Kelab memaklumkan kemasukan Mujagic yang berusia 28 tahun di Facebook Johor Southern Tigers di.
“Ajdin Mujagic sudah berada di sini (JDT),” menurut kenyataan ringkas kelab berkenaan.
Mujagic hadir dengan reputasi sebagai penyerang berpengalaman selepas mencatat lebih 100 penampilan kompetitif di peringkat kelab sepanjang karier profesionalnya, termasuk di liga utama Bosnia & Herzegovina, dengan rekod melebihi 30 jaringan dalam semua kejohanan.
Penyerang berketinggian hampir 1.90 meter itu sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa kelab di Bosnia & Herzegovina termasuk FK Sloboda Tuzla, FK Tuzla City dan NK GOSK Gabela.
Mujagic juga pernah beraksi di Liga Malaysia bersama Sabah FC yang dilihat memberi kelebihan kepadanya untuk menyesuaikan diri lebih pantas bersama JDT, terutama dari segi intensiti perlawanan dan tuntutan fizikal Liga Super. – MalaysiaGazette
















