Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa lelaki berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka akibat kecederaan parah.

ALOR GAJAH – Seorang pelajar lelaki Kolej Komuniti Selandar maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Tambun, Durian Tunggal, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa lelaki berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, kemalangan melibatkan motosikal yang ditunggang mangsa, sebuah kereta jenis Honda City dan treler.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan dari Sungai Udang ke Kolej Komuniti Selandar dipercayai melanggar bahagian belakang kanan kereta Honda City dipandu wanita berusia 48 tahun.

“Mangsa kemudian terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah treler yang sedang bergerak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Melaka.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast