KUALA LANGAT – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting, di sini, awal pagi tadi.
Penolong Pengarahnya, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.44 pagi dan maklumat awal menyatakan terdapat seorang kanak-kanak berumur tiga tahun terperangkap di dalam rumah.
Kemudian sepasukan 17 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang serta dibantu BBP Banting dan BBP KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada jam 2.56 pagi, kebakaran didapati melibatkan tiga buah rumah bangunan Kelas B berkeluasan 15 x 70 kaki persegi seunit.
“Bagaimanapun, seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun telah dijumpai di bilik utama dalam keadaan rentung jam 4.15 pagi,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Nurul Azizan Zulkarnain, api berjaya dikawal pada jam 3.30 pagi.
“Setiap unit rumah terbakar sebanyak 90 peratus,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
















