Ibu mangsa, Nur Liah Asul ketika ditemui menceritakan kejadian kebakaran yang mengorbankan salah seorang anaknya yang berusia 3 tahun di Kampung Seri Cheeding, Banting. Foto SADIQ SANI, 06 FEBRUARI 2026

KUALA LANGAT – Kehilangan insan tersayang amat perit untuk dihadapi seorang ibu apatah lagi tidak berupaya untuk menyelamatkan anak ketiganya yang terperangkap dalam satu kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu bermula apabila Nur Liah Asul, 38, terdengar suara jiran-jirannya yang riuh-rendah sambil mengetuk rumahnya untuk menyelamatkan diri kerana deretan blok rumah sewa itu sedang dijilat api.

Ibu mangsa, Nur Liah Asul ketika ditemui menceritakan kejadian kebakaran yang mengorbankan salah seorang anaknya yang berusia 3 tahun di Kampung Seri Cheeding, Banting. Foto SADIQ SANI, 06 FEBRUARI 2026

Tanpa berlengah, Liah terus mengambil anak bongsu dan anak keduanya sambil menyangka anak ketiganya, Muhammad Zahir Adha Mohd Zaid akan mengikutnya dari belakang.

Sebaliknya sangkaan Liah meleset, sebaik sahaja berada di luar rumah, dia mendapati anak ketiganya masih tertinggal di dalam rumah sambil menjerit untuk meminta bantuan jiran menyelamatkan Zahir Adha yang berumur tiga tahun itu.

Keadaan rumah mangsa yang hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi yang mengorbankan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di Kampung Seri Cheeding, Banting. Foto SADIQ SANI, 06 FEBRUARI 2026

“Ketika kejadian, saya dan arwah di dalam bilik. Saya ambil bayi, arwah saya tak sempat nak ambil sebab tak perasan kerana keadaan riuh.

“Bila saya sudah keluar, jiran depan rumah pergi depan pintu dan tanya ada lagi tak orang dalam rumah. Saya toleh ke belakang dan tengok anak-anak sambil kira, rupa-rupanya ada seorang lagi tertinggal dalam rumah.

“Selalunya dia ikut saya, saya tersedar anak tak ada, bila jiran pergi dekat pintu rumah dan dengar suara budak tapi tak boleh masuk sebab api terlalu marak dan tak boleh buat apa-apa,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di pekarangan Masjid Kampung Seri Cheeding, Banting, di sini, hari ini.

Keadaan rumah mangsa yang hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi yang mengorbankan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di Kampung Seri Cheeding, Banting. Foto SADIQ SANI, 06 FEBRUARI 2026

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.44 pagi menyatakan terdapat seorang kanak-kanak berumur tiga tahun terperangkap di dalam rumah.

Keadaan rumah mangsa yang hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi yang mengorbankan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di Kampung Seri Cheeding, Banting. Foto SADIQ SANI, 06 FEBRUARI 2026

Bagaimanapun, Zahir Adha ditemukan anggota bomba di bilik utama rumah ibu bapanya dalam keadaan rentung jam 4.15 pagi.

Liah juga tidak menyangka ragam anak ketiganya yang enggan tidur malam sebelum kejadian berlaku merupakan petanda Zahir Adha mahu pergi buat selamanya.

“Ketika malam kejadian, dia tak nak tidur, saya pujuk dia supaya tidur tetapi dia enggan sampai jam 1 tengah malam lebih, kemudian baru dia tidur dengan saya,” katanya.

Bapa mangsa, Mohd Zaid Yaakub memangku jenazah Muhammad Zahir Adha yang meninggal dunia akibat kejadian rumah terbakar yang berlaku awal pagi tadi di Kampung Seri Cheeding, Banting. Foto SADIQ SANI, 06 FEBRUARI 2026

Ketika ditanya tentang keperibadian Allahyarham anaknya, Liah berkata, dia menyifatkan anak lelakinya itu sebagai “happy go lucky”.

“Apa yang dia nak mesti dia dapat, selain paling ceria, kalau sesiapa nampak dia masing-masing akan jadi tertarik.

“Dia macam biasa, aktif, kalau ayahnya ada di rumah, dia akan meminta untuk beli jajan (makanan ringan),” katanya.

Ahli keluarga menyiram air ke atas pusara Allahyarham Muhammad Zahir Adha yang meninggal dunia akibat kejadian kebakaran awal pagi tadi, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Cheeding, Banting. Foto SADIQ SANI, 06 FEBRUARI 2026

Sementara itu, jenazah Allahyarham Zahid Adha semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Cheeding, Banting, di sini, kira-kira jam 4.50 petang tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast