KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersetuju untuk mengurangkan subsidi gula.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan pengurangan subsidi itu akan diumum dalam masa yang terdekat.
Jelasnya, pada masa ini, hala tuju pelaksanaannya melibatkan harga gula putih sedang dibincangkan Bersama Kementerian Kewangan (MOF).
“Jadi pada asasnya kita bersetuju dan sebab itu kita sedang meneliti bersama MOF tentang hala tuju harga gula putih,” katanya dalam Dewan Rakyat Ketika sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat (Amanah) bertanyakan status kajian kerajaan mengenai cadangan menghapuskan subsidi gula.
Mengulas lanjut Armizan berkata, subsidi gula tidak boleh dilaksanakan secara drastik kerana dikhuatiri
mengakibatkan hargan barang naik mendadak sekaligus membebankan rakyat.
“Kita tahu kita perlu melaksanakannya secara berperingkat. Kita mulakan dengan penyasaran subsidi dengan perkara-perkara yang besar seperti diesel, RON95, sebab kita tidak mahu laksanakan sekaligus.
“Kalau kita laksanakan sasarkan subsidi ini sekaligus semua perkara akhirnya kesannya kepada harga barang yang akhirnya perlu dijawab oleh KPDN,” jelasnya. – MalaysiaGazette
















