Bekas banduan yang mahu dikenali sebagai Sutun yang menjadi peserta Program i-Kembali di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor baru-baru ini. Foto FAREEZ FADZIL.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam proses meminda Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969, (Akta 7) dan dijangka bakal membentangkannya di Parlimen tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pindaan akta tersebut bertujuan memberi peluang kedua kepada individu yang disabit dengan kesalahan-kesalahan dalam daftar penjenayah.

Menurutnya, akta berkenaan akan memperkenalkan mekanisme SPENT iaitu nyahaktif  terhadap individu]yang pernah melakukan kesalahan.

Jelasnya, individu tertentu akan dianggap sebagai tiada rekod sekiranya tidak melakukan kesalahan lain dalam tempoh munasabah, melainkan pernah melakukan kesalahan-kesalahan yang serius.

“Jadi dengan pindaan ini, individu itu, kerana dia tidak melakukan kesalahan berulang dalam tempoh yang ditetapkan, kita panggil crime free period.

“Maknanya, dia telah disabitkan, kemudian dia merayu, ditolak, merayu, ditolak, habis semua proses itu. Maka kita masukkan nama dia dalam daftar.

“Dan setelah dia selesai menjalani hukuman, atau setelah selesai dia membayar kompaun atau denda, dan dalam satu tempoh, dia tidak mengulangi kembali kesalahannya, (jenayahnya),” katanya di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, Jemaah Menteri pada 21 Mei tahun lalu bersetuju supaya KDN boleh memulakan usaha untuk meminda akta.

“Saya bercadang untuk membentangkannya pada sesi Parlimen tahun ini juga,” tambahnya.

Saifuddin berkata, cadangan pindaan berkenaan kini dalam proses semakan Jabatan Peguam Negara.

Saifuddin berkata, sejak akta berkenaan diwujudkan seramai 2.6 juta bekas banduan diambil bekerja.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast