Thomas Frank. Foto BBC.

LONDON – Tottenham Hotspur menunjuk jalan keluar kepada Thomas Frank selepas hanya lapan bulan membimbing kelab itu susulan prestasi hambar yang menyaksikan mereka kini hanya lima mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.

Keputusan pemecatan itu diumumkan kelab hari ini selepas kekalahan 2-1 di laman sendiri kepada Newcastle United yang meletakkan Spurs di tangga ke-16 dengan 29 mata daripada 26 perlawanan.

“Thomas dilantik pada Jun 2025 dan kami sudah berusaha memberi masa serta sokongan untuk membina masa depan bersama.

“Namun keputusan dan prestasi menyebabkan Lembaga Pengarah berpendapat perubahan perlu dilakukan pada ketika ini musim ini,” menurut kenyataan rasmi kelab.

Frank, 52, sebelum ini mencipta reputasi cemerlang bersama Brentford sejak tahun 2018, membantu kelab itu naik ke liga utama dan kekal kompetitif.

Namun dia gagal mengulangi formula sama di Spurs yang muncul juara Liga Europa musim lalu.

Kekalahan kepada Newcastle adalah yang ke-11 liga musim ini di mana Spurs sudah tewas tujuh kali aksi liga di laman sendiri dan hanya menang dua daripada 13 perlawanan di hadapan penyokong sendiri.

Dia hanya mampu mencipta tujuh kemenangan liga diraih setakat ini selain dibayangi senarai kecederaan pemain yang panjang selain lapan perlawanan tanpa kemenangan liga adalah yang terburuk sejak Juande Ramos dipecat pada tahun 2008.

Walaupun bergelut dalam kancah domestik, Spurs cemerlang di pentas Liga Juara-Juara apabila menamatkan saingan di tangga keempat daripada 36 pasukan untuk layak ke pusingan 16 terbaik.

Spurs kini perlu bangkit segera menjelang derbi London Utara menentang pendahulu liga Arsenal pada 22 Februari ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast