Zul Mazuwan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

BUTTERWORTH – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua anggota polis berpangkat lans koperal menggunakan kayu golf pada Januari lalu.

Tertuduh, Zul Mazuwan Zulhilman Suresh Kumar, 30, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Mengikut pertuduhan dia dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua lelaki berusia 26 dan 38 tahun menggunakan sebatang kayu golf.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Flat Taman Bagan di sini, jam 2 petang pada 31 Januari lalu.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM5,000.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan.

 Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Zhan Yi manakala tertuduh diwakili peguam, Y. Yogeswaran.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 serta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 27 Mac depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast