Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah merampas ribuan peranti rokok elektronik dan cecair vape bernilai RM1 juta menerusi Op E-CIG Mega yang dijalankan kelmarin.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, operasi yang bermula kira-kira 2 petang itu turut menahan dua lelaki warga asing – masing-masing seorang warganegara Bangladesh dan Indonesia – berusia lingkungan 30-an.

Operasi serentak dijalankan di 30 lokasi melibatkan 11 serbuan di Kuala Lumpur, Selangor (4), Negeri Sembilan (3), Melaka (5) dan Johor (7).

“Sepanjang operasi, seramai 51 individu diperiksa membabitkan 44 warga tempatan serta masing-masing tiga warga Indonesia, dua warga Bangladesh, seorang warga India (bukan warganegara) dan seorang warga Myanmar.

“Hasil pemeriksaan, dua lelaki ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya ketika sidang media Op E-CIG Mega di sini hari ini.

Jelas Hakemal, turut dikeluarkan kompaun keseluruhan berjumlah RM28,500 terhadap premis yang didapati melakukan kesalahan.

Jelas beliau, operasi bersepadu itu turut melibatkan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PBT dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PGA serbu premis jual rokok elektronik di Chow Kit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast