Seorang pekerja menunjukkan jasad bayi yang dijumpai di dalam Tandas Awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka pagi tadi.

MELAKA – Mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat dijumpai dibalut kain telekung dan diletakkan di dalam beg di Tandas Awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka pagi tadi.

Kejadian jam 9.40 pagi disedari pekerja pembersihan tandas berkenaan sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Setakat jam 10.40 pagi ini, orang ramai masih berada di tempat kejadian menunggu pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut.

Hadir sama di lokasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast