Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Noraisyah Abu Bakar bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Maritim Negeri Selangor dan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Foto AIZAT ZAINAL, 13 FEBRUARI 2026

SHAH ALAM – Jabatan Perikanan (DOF) Selangor memandang serius penggunaan mata pukat keroncong kurang dari 38 milimeter (mm) masih dilakukan nelayan tempatan yang dikesan menerusi Operasi Bersepadu OP MARDOF dari 6 hingga 12 Februari lalu.

Pengarahnya, Noraisyah Abu Bakar berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh menjejaskan benih-benih ikan yang mudah terperangkap jika mata pukat kurang dari syarat yang ditetapkan.

“Apabila pukat tunda tu menggunakan mata pukat keroncong kurang dari 38mm, jadi benih-benih atau anak-anak ikan akan sama turut terperangkap. Jadi dari segi kelestarian semua perikanan tu akan terjejas.

“Kalau kita ikut maksud dia lebih daripada 38mm, anak-anak ikan atau benih-benih ikan tu dapat keluar.

“Sekurang-kurangnya kita dapat memastikan konservasi dari segi ikan tu dapat besar, dapat pulang balik kepada nelayan untuk ditangkap,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Noraisyah Abu Bakar bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Maritim Negeri Selangor dan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Foto AIZAT ZAINAL, 13 FEBRUARI 2026

Turut hadir Timbalan Pengarah Operasi Maritim Selangor, Komander Maritim Mohd Fairusnizam Abdul Razak.

Menurut Aisyah, kekurangan sumber marin itu pernah disuarakan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) kepada DOF Selangor dek kerana penggunaan pukat kecil dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan kerajaan.

“Yang membuat kajian stok pun menyatakan kebimbangan mereka berhubung stok sekarang yang makin lama makin berkurangan.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Fairusnizam Abdul Razak bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Maritim Negeri Selangor dan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Foto AIZAT ZAINAL, 13 FEBRUARI 2026

“Jadi sebab itulah kenapa kita letaknya saiz mata keroncong itu, kena lebih daripada 38mm, itu memang penetapan daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

“Hasil daripada kajian dan kita harap dapatlah para nelayan patuhi. Ini bukan hasil sumber perikanan ini bukan untuk kita saja, tapi untuk masa depan kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast