LONDON – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berdepan prestasi tidak menentu, Nottingham Forest melantik Vitor Pereira sebagai pengurus keempat mereka musim ini.
Bekas bos Wolves itu menjadi pilihan selepas bersetuju dengan kontrak 18 bulan bersama Forest yang memecat Sean Dyche awal minggu ini.
Sebelum ini, Forest telah memecat Nuno Espirito Santo dan Ange Postecoglou selepas mengharungi musim yang tidak terumbang-ambing.
“Nottingham Forest mengesahkan bahawa Vitor Pereira dilantik sebagai ketua jurulatih menerusi perjanjian 18 bulan,” kata kenyataan kelab itu.
Pereira kini diberikan tugasan penting membawa Forest keluar daripada zon penyingkiran EPL selepas Dyche dipecat selepas seri 0-0 dengan Wolves minggu lalu.
Pereira tidak bekerja sejak dipecat Wolves pada November susulan persembahan hambar pada permulaan musim. – Agensi















