Ahmad Badrul Naim Ab Wahab

KOTA BHARU – Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dan adik lelakinya dikhuatiri lemas di Pantai Kandis, Bachok petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok Khairul Faiz Ariffin berkata,  pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 5.29 petang dan tiba di lokasi 6.07 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati benar terdapat dua beradik lelaki Ahmad Badrul Naim Ab Wahab, 32, dan Ahmad Nuruddin Ab Wahab, 21, hilang dan dipercayai lemas di pantai itu.

“Kita dapati seorang mangsa ialah anggota JBPM daripada BBP Bayan Baru.

“Kedua-dua mangsa dikatakan datang berkelah bersama ahli keluarga yang lain di pantai berkenaan namun hilang selepas berjaya menyelamatkan anak saudara mereka yang dipercayai lemas di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sembilan anggota BBP Bachok diarah membuat pencarian di persisiran pantai namun setakat ini mangsa belum ditemui dan operasi masih diteruskan.

“Operasi mencari turut disertai Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa dan Pengkalan Kubor,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast