KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan perubahan waktu operasi kaunter sepanjang bulan Ramadan berkuat kuasa esok hingga 20 Mac 2026.
Menurutnya, semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari Isnin hingga Jumaat.
Kedah, Kelantan dan Terengganu beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada Ahad hingga Rabu dan Khamis dari 8.30 pagi hingga 3 petang.
Manakala Sabah dan Sarawak dari jam 8 pagi hingga 3.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat.
Contact Centre LHDNM pula beroperasi dari jam 9 pagi hingga 4 petang, Isnin hingga Jumaat.
Operasi Pusat Pengurusan Terimaan di Kuala Lumpur beroperasi jam 8.30 pagi-3 petang pada Isnin dan Jumaat untuk perkhidmataan tunai dan kad kredit/debit.
Untuk urusan bank draf sehingga jam 3.30 petang.
Di Kuching bagi perkhidmatan tunai, operasi dibuka dari jam 8 pagi hingga 3 petang.
Perkhidmatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di semua negeri kecuali Johor, Kedah dan Kelantan pula beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang.
Kedah dan Kelantan pula dari 8 pagi hingga 4.30 petang pada Ahad hingga Khamis.
Menurutnya, pada 20 Mac 2026, semua negeri kecuali Johor, Kedah dan Kelantan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 1 petang.
LHDM menasihatkan pembayar cukai agar membuat perancangan awal serta mengatur jadual lawatan ke kaunter berdasarkan
waktu operasi yang telah ditetapkan sepanjang bulan Ramadan.
Bagi memastikan kelancaran urusan percukaian, pembayar cukai juga digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan dalam talian melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal. – MalaysiaGazette















