Seorang lelaki maut dalam nahas dua kereta dalam kejadian di Jalan Bukit Babi menghala pekan Grisek, Bukit Gambir, Tangkak, malam tadi.

TANGKAK – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah dalam nahas dua kereta dalam kejadian di Jalan Bukit Babi menghala pekan Grisek, Bukit Gambir dekat sini malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II Kaib Dawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 11.11 malam yang jaraknya 5 kilometer.

“Kejadian berlaku melibatkan kereta jenis Proton Persona dan Proton Wira. Kemalangan itu mengakibatkan lelaki dalam Proton Persona cedera manakala seorang lagi lelaki dalam Proton Wira meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa yang maut Muhammad Hafizuddin Hakim Mohd Musa berusia 29 tahun. Semua mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pukul 11.54 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast