Jenazah bekas Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid Mohamad, selamat dikebumikan pada jam 5.50 petang di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.
Terdahulu, Allahyarham disembahyangkan di Musolla Taman Selatan, Presint 20 sejurus selepas solat Asar sebelum kira-kira 200 ahli keluarga dan kenalan rapat mengiringi perjalanan terakhir beliau dalam suasana penuh pilu.















