Kredit FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Nasib dua keluarga yang hilang tempat berteduh akibat kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting dua minggu lepas mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar memaklumkan menziarahi dua keluarga itu untuk menyampaikan sumbangan sebelum beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah, Banting.

“Peristiwa ini amat menyayat hati, lebih-lebih lagi apabila sebuah keluarga terlibat turut kehilangan insan tersayang, iaitu anak lelaki berusia tiga tahun yang terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran tersebut.

“Semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ditanggung dan saya mendoakan agar dua keluarga itu dikurniakan ketabahan, kekuatan serta dipermudah segala urusan dalam menghadapi ujian amat berat ini,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi 6 Feb, seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah di kampung itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast