LONDON – Bekas kapten Brazil, Neymar tetap menyimpan harapan beraksi di Piala Dunia 2026 sebelum mempertimbangkan untuk menamatkan karier pada hujung tahun ini susulan dibelenggu kecederaan berpanjangan.
Neymar melanjutkan kontrak bersama Santos sehingga hujung tahun biarpun dia bergelut dengan prestasi tidak menentu pada musim pertama.
Malah, dia juga terlepas aksi awal musim Liga Brazil pada Januari lalu selepas menjalani pembedahan lutut pada hujung Disember.
“Saya tidak tahu apa akan berlaku selepas ini dan tidak pasti tentang tahun depan.
“Mungkin apabila Disember tiba, saya mahu bersara dan ketika ini hanya menjalani kehidupan setiap tahun,” katanya kepada saluran dalam talian Brazil, Caze.
Pengendali Brazil, Carlo Ancelotti, tidak memanggil Neymar sejak mengambil alih pasukan pada Mei lalu. – Agensi
















