Pasukan keselamatan melakukan kerja-kerja mencari seorang lelaki yang lemas dalam Sungai Parit Bugis, Pontian hari ini

PONTIAN – Seorang sub kontraktor yang keluar memancing bersama-sama anak lelakinya dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot di Sungai Parit Bugis di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 8 pagi itu, Albert Tan Siang Fook, 56, terjatuh dalam sungai dan hilang manakala anaknya,Chong Hao Chen, 9, terselamat.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian tersebut pukul 8.34 pagi.

“Laporan polis telah dibuat dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) sedang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Polis Marin Wilayah 2.

“Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu tular dalam satu Facebook berkenaan seorang budak lelaki memohon bantuan penduduk Kulai untuk mengesan ayahnya yang didakwa terjatuh dari bot ketika mereka memancing.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast