Kegiatan menyimpan burung spesies dilindungi tanpa lesen terbongkar apabila seorang lelaki tempatan ditahan dalam operasi bersepadu di Bandar Seri Astana, di Kedah, pada Ahad.
Serbuan kira-kira jam 12.15 tengah hari itu dilaksanakan Cawangan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman Zon Utara bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah serta Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Bersepadu Khazanah Siri 2/2026.















