BALIK PULAU – Seramai 34 lelaki dan wanita warga Myanmar serta dua individu tempatan direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan karaoke (KTV) di Batu Maung, malam tadi.
Perintah reman terhadap semua suspek berusia 22 hingga 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Chia Huey Ting sehingga 25 Februari depan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
MalaysiaGazette difahamkan, pihak polis menyerbu premis hiburan yang beroperasi di sebuah rumah kedai dua tingkat itu kira-kira jam 12 tengah malam.
Siasatan awal mendapati premis itu dipercayai menyasarkan pengunjung warga asing, manakala pekerjanya tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja sah.
Dalam operasi berkenaan, pihak polis menahan 18 lelaki warga Myanmar yang merupakan pengunjung premis.
Turut ditahan ialah 15 pekerja wanita warga Myanmar serta tiga pekerja lelaki, termasuk seorang warga Myanmar dan dua lelaki tempatan. – MalaysiaGazette
















