Kementerian Luar Negeri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City telah mengeluarkan nasihat perjalanan yang menggesa rakyat Malaysia yang kini menetap atau melancong ke Mexico untuk sentiasa berwaspada, berhati-hati, dan berhemah pada setiap masa, terutamanya di kawasan di mana operasi keselamatan sedang dijalankan.

Kementerian Luar Negeri berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, sedang memantau rapi situasi keselamatan yang tidak menentu di Mexico.

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Pihak Kedutaan juga mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terlibat atau terjejas berikutan insiden tersebut.

“Keutamaan kementerian ini adalah keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, dengan kerjasama erat bersama Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, kementerian ini akan terus memantau perkembangan semasa dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untukmendapatkan maklumat terkini.

Rakyat Malaysia di Mexico yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City melalui butiran berikut:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MEXICO CITY
Telefon/ WhatsApp: +6016 – 810 0579
(52-155) 2080 8355
Emel: [email protected]

Media asing melaporkan beberapa buah negeri di Mexico susulan operasi keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan baru-baru ini.

Sekurang-kurangnya 74 orang maut di Mexico, termasuk 25 pegawai Pengawal Negara, dalam operasi yang mengorbankan ketua kartel dadah, ‘El Mencho’ dan keganasan yang menyusul selepas itu.

Menteri Keselamatan Omar García Harfuch, yang dipetik Agensi Berita Jerman (dpa) berkata, pihak berkuasa Mexico mengerahkan tambahan 2,500 anggota tentera ke negeri Jalisco di bahagian barat negara itu. Ia adalah tambahan kepada 7,500 anggota tentera yang dikerahkan sebelum ini. – MalaysiaGAzette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast