Dua anggota SPRM Pulau Pinang mengiringi pesara PBT untuk mendapatkan reman di mahkamah, hari ini.

GEORGETOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang telah menahan reman seorang pesara pihak berkuasa tempatan negeri ini kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan memberi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan pejabat tempatnya bekerja kepada syarikat milik isterinya.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 1 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.

Tambahnya, siasatan awal mendapati perbuatan itu dipercayai dilakukan pada 2024 dengan nilai kerja dianggarkan mencecah RM700,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Karunanithy Subbiah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tesebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan siasatan masih dijalankan termasuk penelitian dokumen kontrak serta aliran kewangan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast