Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan

​KUALA LUMPUR – “Saya serahkan kepada pihak berkuasa”, kata  Senator Dr Zulkifli Hasan mengenai tindakan seorang lelaki bukan Islam yang memuat naik hantaran gambar memijak al-Quran di laman Thread semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, isu ini perlu ditangani mengikut lunas undang-undang dan dalam masa sama perlu bertegas.

Dalam masa sama, pihaknya mempunyai tanggungjawab lebih besar untuk memberikan peringatan dan berkongsi tentang keindahan Islam.

“Ini yang kami sedang lakukan, bukan hanya kepada umat Islam tetapi juga kepada orang bukan Islam tentang imej Islam yang baik, damai dan berkemajuan. Itulah yang cuba kami tekankan,” katanya.

​”Apa yang kami nak bawa adalah konsep Lita’arafu iaitu kenal-mengenal antara satu sama lain.

“Saya yakin, sekiranya orang lain mengenali orang Islam dan orang Islam mengenali orang lain, kita akan dapat mengurangkan kes-kes sebegini,” selepas sesi pengumuman keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) bagi tahun 2025 di SIRAJ Saidina Uthman bin Affan, hari ini.

Ketika mengulas demikian ketika ditanya sama ada keperluan untuk mewujudkan garis panduan lain dalam isu ini walaupun si pelaku sudah membuat permohonan maaf.

​Beliau turut menekanka, di bawah kerangka Malaysia Madani, matlamat utama adalah untuk membina fikrah masyarakat yang saling menghormati perbezaan dalam bingkai kesatuan tanpa perlu bersandarkan kepada ketakutan terhadap undang-undang semata-mata.

Tangkap layar hantaran pengguna di aplikasi Thread yang memijak al-Quran.

 

Seorang penuntut institusi pengajian tinggi yang menggunakan nama “Vikneswaran0102′ telah ditahan polis selepas memuat naik hantaran gambarnya memijak al-Quran di laman Thread.

Tindakannya itu mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, pihaknya menahan pemuda itu awal pagi ini untuk disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast