Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima cenderahati pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong. Foto MOHD ADZLAN, 26 FEBRUARI 2026.

SERI KEMBANGAN – Sikap rakyat yang saling hormati agama dan budaya menjadi kekuatan Malaysia selama ini yang perlu dihebahkan kepada dunia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, hanya kumpulan kecil rakyat sahaja yang sering menimbulkan masalah sedangkan majoriti mahu negara ini menjadi keamanan dan kemajuan ekonomi  sambil memahami perbezaan di kalangan pelbagai kaum.

“Yang timbul masalah hari-hari, marah-marah ini kumpulan kecil rakyat dan yang terbanyak ini mahu negara ini aman ekonominya maju dan hormat semua budaya dan agama dalam negara ini.

“Kami kadang-kadang mengambil pandangan daripada masyarakat kecil. Mereka terlalu kuat, tetapi kadang-kadang mereka terlalu kecil. Masyarakat besar ingin keamanan, kesatuan, kebaikan bagi kita.

“Sudah tentu, kita harus memastikan bahawa ini dilakukan melalui pemerintahan yang baik, yang serius tetapi kita perlu menghormati.

“Pertimbangan kita sangat senang. Jadi saya rasa dalam hal-hal seperti ini kita kena sampaikan jangan diam, jangan biar kelompok yang lain tumbuhkan masalah sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Huazong 2026 di Wisma Huazong di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong. Foto MOHD ADZLAN, 26 FEBRUARI 2026.

Anwar menambah, asas kepada kestabilan dan kemajuan itu mestilah berpaksikan tadbir urus yang baik selain budaya saling menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk.

Selain itu kata perdana menteri, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah dipertikaikan.

Malah jelas beliau, usaha memperkukuh penguasaan bahasa lain termasuk bahasa Inggeris dan bahasa Cina dilihat sebagai langkah menguntungkan negara.

“Tiada pihak yang rugi sekiranya budaya dan bahasa dimartabatkan secara seimbang dalam kerangka negara berdaulat dan demokratik,” ujarnya.

Anwar menambah, Islam merupakan agama rasmi di Malaysia namun rakyat pelbagai kaum dan agama bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing seperti yang dipersetujui dalam Perlembagaan. – MalaysiaGazette

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis kaligrafi selepas hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong. Foto MOHD ADZLAN, 26 FEBRUARI 2026.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast