Majlish Penyerahan Endowment kepada UTeM

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima sumbangan geran endowmen berjumlah RM51 juta daripada syarikat Aeronas Aerocraft Sdn Bhd bagi memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang aeroangkasa.

Sumbangan tersebut disampaikan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (Memangku) Aeronas Aerocraft, Raja Shazreen Petra kepada Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin, baru-baru ini.

Penyerahan geran endowmen berkenaan turut disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Massila berkata, sumbangan itu mencerminkan keyakinan industri terhadap keupayaan UTeM dalam memperkukuhkan bidang TVET berteknologi tinggi khususnya aeroangkasa.

Menurut beliau, dana tersebut dijangka meningkatkan keupayaan penyelidikan, pembangunan bakat serta integrasi program industri dan akademik di university berkenaan.

Program TVET aeroangkasa itu akan dilaksanakan di Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal serta Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri Pembuatan UTeM.

Beliau berkata, kerjasama strategik dengan pihak industri dan institusi antarabangsa dijangka membantu memperkukuhkan kedudukan UTeM sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang aeroangkasa. -MalaysiaGazette



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast